Dr. Mahathir Mohamad dan Dr. Siti
Hasmah Mohd. Ali bersama Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad,
Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil (kanan) bergambar dengan anak yatim dari
Rumah Jalinan Kasih Cheras pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri
DRB-Hicom 2012 di Hotel Istana, Kuala Lumpur, semalam.
*****
PUTRAJAYA 5 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menolak
kemungkinan tindakan sesetengah peserta Himpunan Janji Bersih
mengibarkan bendera lain bagi menggantikan Jalur Gemilang mempunyai
agenda tersirat.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, tindakan provokasi secara
terang-terangan itu seolah-olah mengakui hasrat pembangkang untuk
menukar sistem pemerintahan Malaysia kepada sebuah negara republik.
"Mungkin itu niat mereka, kalau Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang
disokong memanglah itu niat mereka (negara republik). Saya tidak berani
nak kata tetapi itu satu kemungkinan," katanya selepas menerima lawatan
seramai 27 pegawai kanan kerajaan daripada 10 negara Afrika di sini hari
ini.
Dr. Mahathir mengulas tindakan biadab beberapa peserta Himpunan Janji
Bersih di Dataran Merdeka pada 30 Ogos lalu yang mengibarkan bendera
dinamakan sebagai 'Sang Saka Malaya' yang didakwa bakal menggantikan
Jalur Gemilang jika pembangkang berkuasa.
Dalam pada itu, mengulas tindakan segelintir peserta perhimpunan itu
yang menghina pemimpin negara dengan memijak gambar Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, beliau
kata, ia adalah disebabkan mereka ketandusan idea untuk menyerang
kerajaan.
Dr. Mahathir berkata, pembangkang terpaksa menimbulkan perasaan
kebencian terhadap pemimpin negara bagi mendapatkan sokongan orang
ramai.
"Dia dah ketandusan idea. Tak ada idea jadi tak ada isu cuma
timbulkan perasaan benci supaya benci pada orang akan dapat sokongan.
"Ini tunjukkan sebenarnya mereka tidak berkebolehan. Kalau dapat jadi kerajaan di Malaysia, rosaklah Malaysia," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 6/9/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan