Pages

6 September 2012

Zul Nordin jawab tuduhan Anwar

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Insiden dibaling kasut yang menimpa Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah ‘diundang’ pemimpin pembangkang itu sendiri apabila menggunakan masjid sebagai platform politik.
Sambil menafikan perkara itu dilakukan oleh oleh ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Naib Presiden pertubuhan itu, Datuk Zulkifli Noordin (gambar) berkata, perbuatan tersebut dilakukan oleh individu yang tidak setuju dengan pendekatan Anwar berpolitik di masjid.
“Tindakan Anwar menyalah gunakan platform masjid untuk ceramah politik adalah perkara yang mengundang rasa tidak puas hati sehingga berlaku insiden itu.
“Lagipun, peribadi Anwar yang penuh dengan masalah moral itu sendiri telah mencemar masjid itu dan menimbulkan rasa marah orang berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia semasa Majlis Aidilfitri Korporat Kumpulan Utusan di sini, hari ini.
Kelmarin, Anwar mendakwa ahli Perkasa yang didalangi UMNO telah membaling kasut kepadanya sewaktu menyampaikan tazkirah Maghrib di Masjid Al-Husin, Pumpong, Alor Setar, Kedah.
Bagaimanapun, perkara tersebut dinafikan oleh Ketua Perkasa Kota Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail semalam yang memberitahu tiada ahlinya melakukan perbuatan itu.
Menurut Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, beliau tidak hairan Anwar dilayan sebegitu rupa kerana cara berpolitik Ketua Pembangkang itu sering mengundang kemarahan orang ramai.
/hwa: utusan.com.my | 5/9/12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan