KUALA LUMPUR 4 Sept. - Insiden dibaling kasut yang menimpa Penasihat
Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah diundang
pemimpin pembangkang itu sendiri apabila menggunakan masjid sebagai
platform politik.
Sambil menafikan perkara itu dilakukan oleh oleh ahli Pertubuhan
Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Naib Presiden pertubuhan itu, Datuk
Zulkifli Noordin (gambar) berkata, perbuatan tersebut dilakukan oleh
individu yang tidak setuju dengan pendekatan Anwar berpolitik di masjid.
Tindakan Anwar menyalah gunakan platform masjid untuk ceramah
politik adalah perkara yang mengundang rasa tidak puas hati sehingga
berlaku insiden itu.
Lagipun, peribadi Anwar yang penuh dengan masalah moral itu sendiri
telah mencemar masjid itu dan menimbulkan rasa marah orang berkenaan,"
katanya kepada Utusan Malaysia semasa Majlis Aidilfitri Korporat
Kumpulan Utusan di sini, hari ini.
Kelmarin, Anwar mendakwa ahli Perkasa yang didalangi UMNO telah
membaling kasut kepadanya sewaktu menyampaikan tazkirah Maghrib di
Masjid Al-Husin, Pumpong, Alor Setar, Kedah.
Bagaimanapun, perkara tersebut dinafikan oleh Ketua Perkasa Kota
Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail semalam yang memberitahu tiada ahlinya
melakukan perbuatan itu.
Menurut Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, beliau
tidak hairan Anwar dilayan sebegitu rupa kerana cara berpolitik Ketua
Pembangkang itu sering mengundang kemarahan orang ramai.
/hwa: utusan.com.my | 5/9/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan