JOHOR BAHRU 13 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, isu George
Soros yang ditimbulkan kembali bukan bertujuan dijadikan modal politik
tetapi sebagai peringatan tentang tindakan penyangak mata wang itu yang
mahu menjatuhkan kerajaan.
Timbalan Perdana Menteri berkata, tidak timbul isu itu akan memberi
kesan buruk kepada Barisan Nasional (BN) kerana banyak pihak yang
mempersoalkan peranan penyangak mata wang berbangsa Yahudi itu yang
membantu beberapa pertubuhan di negara ini untuk menjatuhkan kerajaan
dan mempertikaikan banyak perkara.
"Umum mengetahui peranan Soros di banyak negara, ini satu kenyataan
yang perlu kita sedari kerana kalau rakyat tidak menyedarinya, ia adalah
satu perkara bahaya. Peringatan oleh Tun Mahathir adalah satu kenyataan
dan badan-badan yang mengharap bantuan Soros perlu sedar tindakan itu
tidak membantu negara.
"Rakyat boleh menilai, kalau kita biarkan bermakna kita mahu kuasa
asing menguasai negara dan Soros mahu menggunakan kuasa wang untuk
menimbulkan masalah dalam negara kita. Kita tidak gunakan itu sebagai
'political mileage' tetapi kenyataan yang perlu dijelaskan," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk
Saifuddin Abdullah dalam portal pembangkang yang menyatakan taktik rejim
boneka Soros sebagai satu isu yang boleh memberi kesan buruk kepada BN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan