KUALA LUMPUR 10 Okt - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa
tidak mengait mana-mana parti atau individu ketika beliau membidas
pemimpin-pemimpin Islam yang sanggup mengetepikan kepentingan agama demi
kuasa.
Sehubungan itu, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat
Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad menafikan dakwaan sesetengah
pihak bahawa Nasharudin ada menyebut nama Pas ketika menyampaikan kertas
kerja dalam Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra
(PWTC), di sini, semalam.
"Kenyataan Nasharudin mengenai pemimpin-pemimpin Islam adalah
bersifat umum dan tidak ditujukan kepada siapa-siapa. Hanya mereka yang
makan cili akan terasa pedasnya," katanya ketika dihubungi di sini hari
ini.
Ketika menyampaikan kertas kerja bertajuk Dakwah Islamiah Mendepani Kemelut Politik Semasa Malaysia
di seminar berkenaan, Nasharudin membidas golongan yang lebih
mementingkan maslahah dan strategi daripada melaksanakan prinsip-prinsip
asas dalam Islam semata-mata disebabkan percaturan politik.
Berikutan kenyataan berkenaan, beberapa pemimpin Pas membidas Nasharudin dan menganggap beliau membawa suara UMNO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan