Pages

14 Oktober 2012

PKR, Pas bukan parti bela masa depan Melayu - Syed Ali

KUALA LUMPUR 10 Okt. - Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas bukanlah parti Melayu yang boleh dijadikan sandaran untuk masa depan umat Islam.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, perjuangan kedua-dua parti itu dipenuhi dengan pelbagai kekejaman politik yang bertentangan dengan amalan demokrasi.
Sehubungan itu katanya, orang Melayu perlu memberikan sokongan mutlak kepada perjuangan UMNO yang berteraskan semangat nasionalisme bertunjangkan perjuangan Islam jika ingin memastikan generasi masa akan datang terjamin hak mereka.
"Tidak ada lagi parti politik Melayu selain UMNO yang telah mencipta rekod cemerlang dalam mentadbir urus negara ini dengan kuasa dan hak mutlak orang Melayu terus terjamin dan terbela berasaskan kepada prinsip Perlembagaan negara," katanya dalam entri terbaru dalam blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com.
Syed Ali berkata, UMNO perlu berperanan secara lebih agresif untuk menyelamatkan masa depan orang Melayu di negara ini khususnya di kawasan luar bandar daripada diperalatkan oleh pakatan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.
"Pakatan pembangkang yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin giat mensasarkan tumpuan mereka di kawasan luar bandar dan pendalaman menerusi ceramah politik memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional(BN)," katanya.
Beliau mendakwa, orang Melayu telah disogok dengan fakta-fakta yang tidak betul di samping penyebaran fitnah terancang oleh pembangkang bagi menimbulkan persepsi negatif rakyat terhadap pemimpin UMNO.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan