KUALA LUMPUR 12 Okt. - Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dilihat
terpaksa terus menabur fitnah berhubung isu pembelian dua buah kapal
selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia kerana telah menerima dana yang
besar daripada pihak asing.
Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, sikap
mereka yang terus menipu rakyat menerusi pelbagai usaha menunjukkan
betapa rendahnya akhlak para pemimpin Suaram yang menggunakan platform
hak asasi manusia untuk tujuan itu.
Menurutnya, kenyataan pendakwa kerajaan Perancis, Yves Charpenel
baru-baru ini bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian Scorpene di
Perancis bagaimanapun menjadi noktah kepada siri penipuan Suaram dan
pembangkang berhubung isu itu selama ini.
"Suaram seolah-olah mahu terus memperbodohkan setiap manusia di dunia
dengan berbohong bagi memenuhi agenda politik yang terang-terangan
menggunakan bantuan kuasa asing untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada,"
katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan