KUALA LUMPUR 12 Okt. - Timbalan Menteri Pengajian
Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah diminta tidak mengamalkan politik
'makan keliling' setelah mengeluarkan kenyataan seolah-olah
mempertahankan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang terbukti menerima
dana daripada George Soros iaitu penyangak mata wang berbangsa Yahudi.
Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI),
Muhammad Zahid Md. Arip berkata, kenyataan yang dibuat beliau menerusi
portal pembangkang yang dibiayai Soros, Malaysiakini, jelas membuktikan
Saifuddin kini mencari jalan selamat dengan bersikap liberal demi
kepentingan politik peribadi.
Beliau juga membangkitkan persoalan kemungkinan kenyataan itu
menunjukkan Saifuddin yang diberi peluang berada dalam Kabinet tidak
yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan kekal berkuasa pada Pilihan
Raya Umum Ke-13 nanti.
''Kenyataan Saifuddin yang mengelirukan itu boleh diibaratkan seperti
api dalam sekam yang sebenarnya mengundang bahaya kepada perjuangan
UMNO dan BN sekarang.
''Saya percaya Saifuddin kini membeli 'insurans nyawa' daripada
pakatan pembangkang dengan menonjolkan beliau sebagai pemimpin liberal,"
katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas pandangan Saifuddin yang mendakwa serangan dijalankan
BN ke atas Soros, berpotensi "memakan diri sendiri" kelak seperti yang
dilaporkan dalam Malaysiakini.
Sementara itu, Muhammad Zahid turut mempersoalkan tindakan yang
kononnya liberal tersebut telah memberi kebaikan kepada UMNO, sedangkan
Suaram bersungguh-sungguh mahu mencemarkan nama baik negara dan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan isu kapal selam Scorpene dan
kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
''Saya kecewa kerana siang malam TIBAI berceramah mendedahkan
keburukan Suaram kepada rakyat tetapi Saifuddin pula bersikap lewah
tentang pertubuhan tidak sah itu yang terbukti menjadi tali barut kuasa
asing," jelasnya.
Mengulas perkara sama, beliau menegaskan, sebagai seorang pemimpin
UMNO, Saifuddin perlu mempertahankan sebarang usaha memfitnah Presiden
parti yang juga Perdana Menteri.
''Saya mahu bertanya kepada Saifuddin, di mana suara beliau ketika
Suaram begitu ghairah memfitnah Najib atau adakah beliau sekarang
merupakan alat perkakas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
''Mengapa Saifuddin begitu berminat mempertahankan Suaram dan
Malaysiakini sedangkan Soros bertanggungjawab menyebabkan ekonomi negara
hampir runtuh pada 1997," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan