NOOH Gadut (kiri) menyokong kenyataan
Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr. Haron Din yang tidak membenarkan kalimah
Allah digunakan oleh penganut agama lain. Nooh juga meminta mana-mana
umat Islam yang menyelewengkan penggunaan kalimah Allah supaya segera
bertaubat dan mengucap dua kalimah syahadah.
*****
Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Nooh Gadut berkata, pendirian Dewan Ulama Pas itu adalah selaras dengan peranan yang sepatutnya dimainkan oleh golongan ulama dalam mempertahankan akidah Islam.
Saya juga bersetuju dengan pandangan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din yang tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain.
Mana-mana umat Islam yang terbabit dalam menyelewengkan penggunaan kalimah Allah wajib bertaubat dan segera mengucap dua kalimah syahadah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Baru-baru ini, Pas bersama dua parti sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bersetuju orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dengan syarat kalimah itu tidak disalahgunakan.
Bagaimanapun, golongan ulama dalam parti itu termasuk Haron; Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib; Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man serta pendakwah terkenal, Datuk Ismail Kamus dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tetap menyatakan pendirian mereka bahawa kalimah Allah hanya untuk agama Islam. - UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan