Mohamad Nasir Yob (tiga dari kiri)
bersalam dengan Mohd. Zaidi Mohd. Said selepas menyertai UMNO di
Kampung Bukit Berangan, Penanti, Bukit Mertajam, kelmarin.
*****
Mereka bertindak demikian kerana kecewa dengan pemimpin parti tersebut yang tidak mempedulikan rakyat kawasan berkenaan dan menyertai UMNO kerana hanya parti itu yang diyakini mampu membela nasib rakyat di kawasan itu.
Wakil mereka, Mohamad Nasir Yob, 42, berkata, pihaknya sudah muak dengan janji-janji PKR kerana tidak mengambil tahu masalah rakyat di sini yang memerlukan pembelaan.
"Sejak dua pilihan raya umum yang lalu iaitu pada 2004 dan 2008, tidak ada perubahan yang dilakukan oleh PKR di kawasan ini.
"Ini yang mendukacitakan kami sedangkan kami adalah pengundi mereka di sini," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas majlis ramah mesra dengan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said di sini semalam.
Dengan penubuhan cawangan UMNO yang baharu itu, UMNO Permatang Pauh kini mempunyai 96 cawangan setakat ini.
Mohamad Nasir berkata, sepatutnya parti yang memerintah negeri ini peka dengan masalah rakyat tetapi sebaliknya yang berlaku.
Sementara itu, Mohd. Zaidi berkata, kemasukan bekas ahli PKR terlibat membuktikan perjuangan UMNO di sini terus mendapat kepercayaan rakyat.
"Ini membuktikan perjuangan UMNO begitu konsisten dengan membuktikan perjuangan parti semakin mendapat sokongan rakyat.
"Kejayaan menembusi kubu kuat PKR itu menunjukkan rakyat di sini mahukan perubahan kepada perjuangan bangsa dan negara," katanya.
Beliau berharap rakyat memberi sokongan kepada UMNO kerana perjuangan UMNO adalah untuk membela rakyat.
Katanya, kesedaran itu perlu disebabkan perjuangan pembangkang adalah bagi kepentingan peribadi pemimpin mereka yang mahu berkuasa di negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan