Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka itu meninggal dunia pada jam 6.50 petang selepas 20 hari dimasukkan ke hospital itu.
Zamran berkata, bapanya yang menghidap penyakit barah usus sejak 2011, menghembuskan nafas terakhir di hadapan keluarga selepas dimasukkan ke hospital itu pada 19 Februari lalu.
Dikebumikan di Ayer Limau
“Arwah mula mengalami komplikasi tekanan darah rendah kira-kira jam 4.30 petang tadi (semalam), sebelum disahkan meninggal dunia pada jam 6.50 petang,” katanya.
Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumahnya di Batu 19 3/4 Ayer Limau, Masjid Tanah dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ayer Limau pada jam 11 pagi ini.
Beliau berkata, sebelum dimasukkan ke hospital, bapanya sempat menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di sebuah sekolah di Parlimen Masjid Tanah.
Pada Pilihan Raya Umum 2004, Idderis memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau dan dilantik menjadi Timbalan Speaker DUN Melaka hingga kini.
/hwa: bharian.com.my - 11/3/13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan