Pengerusi Jawatankuasa Kerja Himpunan Ulama Muda Malaysia (ILMU), Fathul Bari Mat Jahaya, berkata selain kaedah sumpah laknat, Islam juga menerima kaedah pembuktian kes secara moden menggunakan alat ujian poligraf itu.
“Jika Anwar takut bersumpah, saya mencabar beliau untuk tampil menjalani ujian poligraf,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.
Keberanian Mohd Saiful
Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Ruslan Kassim, pula berkata kejujuran Mohd Saiful dengan keberaniannya tampil bersumpah laknat di hadapan Kaabah tidak perlu diragui sebaliknya pihak yang menuduh sehingga hari ini gagal bersumpah seperti tuntutan Islam.
“Sehubungan itu, pihak kami cabar Anwar dan Azlan melakukan ujian poligraf bagi mengesahkan dakwaan mereka benar. Jika cabaran ini gagal disambut, bermakna ia sudah cukup untuk membuktikan ‘topeng’ dan sandiwara sebenar mereka,” katanya.
Sementara itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Azwanddin Hamzah, berkata menerusi ujian poligraf, kemungkinan kes liwat Mohd Saiful akan dilihat semula oleh pihak mahkamah.
/hwa: bharian.com.my | 11/3/13
Tiada ulasan:
Catat Ulasan