Pages

23 April 2013

Lelaki Thailand ditahan dakwa kenali Nik Aziz

KUALA LUMPUR 21 April - Lelaki warga Thailand yang ditahan di Bukit Kayu Hitam, Kedah bersama tiga yang lain semasa dalam perjalanan untuk menghadiri ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin, mengaku mengenali rapat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menurut sumber, lelaki yang merupakan seorang ahli politik dan juga bekas pegawai polis dari negara jiran berkenaan turut mendakwa mempunyai hubungan baik dengan beberapa pemimpin pembangkang lain di sini.
"Lelaki itu ditahan ekoran maklumat yang diterima bahawa tujuan dia memasuki negara ini kerana mahu membuat penafian Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan pelaku di dalam video seks bersama pelacur China.
"Tindakan lelaki itu sekali gus boleh menganggu proses Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan disebabkan itu dia terpaksa ditahan," katanya di sini hari ini.
Lelaki itu ditangkap di sempadan negara kelmarin bersama seorang wanita warga Thailand serta dua lelaki tempatan iaitu peguam PKR dan peniaga masing-masing berusia 39 dan 43 tahun.
Kesemua mereka bagaimanapun telah dibebaskan semalam dengan jaminan polis.
Difahamkan, kedua-dua warga Thailand terbabit dibawa khas dari Thailand untuk tampil dalam ceramah Anwar di Madrasah An-Nahdhoh, Kampung Sungai Petani di Kubang Semang, Permatang Pauh pada malam kelmarin, bagi membuat pengakuan bahawa Anwar bukanlah individu yang dikaitkan dalam video seks dengan seorang pelacur dari China.
Ketika ditahan pada pukul 6 petang, polis telah menemui sekeping cakera padat video (VCD) lucah memaparkan rakaman video seks seorang pelacur China dengan lelaki didakwa mirip Anwar dan thumb drive mengandungi fail lucah.
Sumber itu seterusnya menambah, lelaki terbabit yang propembangkang di negara ini, akan berlagak seolah-olah dia pakar dalam bidang siasatan jenayah termasuk mengenal pasti ketulenan rakaman video.
Beliau berkata, semasa ceramah nanti, lelaki terbabit akan mendakwa video seks dikaitkan dengan Anwar adalah palsu kerana sudah diubah suai menggunakan pelbagai teknik.
Dalam pada itu, sumber tersebut berkata, lelaki yang didakwa klon kepada Anwar kini dipercayai bersembunyi di Thailand setelah rancangannya untuk memasuki negara ini berjaya dikesan pihak berkuasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan