SULTAN Mizan Zainal Abidin menyerahkan
Surat Watikah Pelantikan Menteri Besar kepada Ahmad Said semasa
Istiadat Perisytiharan Pelantikan Menteri Besar dan Ahli-ahli Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman di Istana Maziah Kuala
Terengganu, semalam.
*****
Kesemua mereka mengangkat sumpah di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin kira-kira pukul 10 pagi.
Sejurus selesai istiadat itu, Ahmad mengumumkan senarai 11 Exco yang lengkap dengan portfolio masing-masing.
Dalam pada itu, Ahmad, ketika ditemui pemberita melahirkan rasa syukur kerana proses pelantikan dan mengangkat sumpah Menteri Besar dan barisan Exco Kerajaan Negeri Terengganu berjalan lancar dan sempurna.
Beliau seterusnya berharap mereka yang dilantik memikul tugas serta tanggungjawab sebaik mungkin sekali gus menjadikan Terengganu sebagai negeri maju menjelang 2020.
Mengenai portfolio Exco baharu, beliau menjelaskan, pihaknya berkemungkinan akan melakukan pengubahsuaian portfolio berdasarkan kementerian serta Kabinet baharu kerajaan yang bakal diwujudkan nanti.
"Hal ehwal agama diletakkan di bawah portfolio Tugas-tugas Khas manakala tugas sebagai Speaker Undangan Negeri akan diputuskan selepas ini," katanya.
Beliau menambah, mesyuarat mingguan Exco pertama pula dijangka diadakan minggu depan.
Ditanya potensi tiga Exco daripada kalangan muka calon baharu iaitu A. Latif, Ghazali dan Roslee, Ahmad berkata, beliau percaya mereka mampu menjalankan tanggungjawab dengan berkesan berdasarkan pengalaman luas mengikut bidang masing-masing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan