Oleh SYUKRI SHAARI
KUALA LUMPUR 12 Mei - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan
provokasi dengan meminta rakyat menolak keputusan Pilihan Raya Umum
Ke-13 (PRU-13) lalu membuktikan Ketua Pembangkang itu kemaruk kuasa.
Penganalisis politik, Mohd. Baharudin Othman berkata, sekiranya
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak bersetuju dengan
keputusan berkenaan, beliau sepatutnya memfailkan petisyen bantahan
dalam tempoh 21 hari.
"Sekiranya Anwar benar-benar tidak setuju, pergilah lakukan siasatan
di setiap negeri, kumpul maklumat, buat laporan polis, kemudian failkan
petisyen.
"Ini tidak, beliau telah mendahului sistem demokrasi yang diamalkan
negara. Inilah yang orang kata gilakan sangat kuasa," katanya ketika
dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Tiada ulasan:
Catat Ulasan