Pages

13 Mei 2013

Nepotisme PKR: Azmin, Syed Husin berbalah di twitter

KUALA LUMPUR 12 Mei - Belum pun reda kontroversi kritikan secara terbuka terhadap kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Timbalan Presidennya, Azmin Ali terus membuka pekung parti itu di laman sosial Twitter.
Terbaharu, Azmin menerusi akaun Twitter miliknya mengecam ahli veteran PKR, Senator Dr. Syed Husin Ali yang terdahulu memuat naik kenyataan dipercayai menyalahkan tindakan beliau mempersoal serta mengkritik kepimpinan parti.
Syed Husin sebelum itu menyifatkan Azmin telah tersilap langkah sehingga menjejaskan kewibawaan dan kredibiliti Ahli Parlimen Gombak itu sebagai individu nombor dua parti.
"Sayang, mungkin Azmin tersilap langkah. Tindakan serta kenyataannya menjejas wibawa dan kredibiliti. Kenapa ke media? Tentulah UMNO menari gembira."
Azmin membalas tweet itu dengan menempelak Syed Husin dan 'mendedahkan' bahawa Ahli Dewan Negara itu tahu apa yang berlaku.
"Saudara tahu apa yang berlaku. Saudara juga hantar tweet serang Anwar kerana kerabat saudara tidak terpilih," tulis beliau. - UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan