KETIKA berada di sebuah pusat membelah di ibu negara, kelmarin, Awang terserempak dengan seorang lelaki yang memakai topeng pada siang hari.
Aksi lelaki berkenaan menarik perhatian para pengunjung tetapi rasanya dia tidak peduli. Menurut seorang pengawal di situ, berdasarkan pemerhatian, lelaki tersebut menjalankan urusannya seperti para pengunjung lain cuma kelainannya - bertopeng.
Sebenarnya ini kali kedua dalam tempoh seminggu Awang dikejutkan dengan individu bertopeng. Kali pertama, seorang wanita menunggu kereta di pekarangan sebuah hotel di Bukit Bintang.
Persoalan kecil yang berlegar di fikiran Awang, apakah ini gaya baru dalam masyarakat moden yang kian kompleks, yang mungkin menjadi ikutan selepas ini? Atau sekadar kes terpencil atas sebab-sebab tertentu antaranya faktor kesihatan atau menyembunyikan kecacatan pada wajah dan sebagainya?
Yang pasti individu bertopeng itu tidak mahu wajahnya terdedah kepada khalayak umum. Macam-macam boleh ditafsirkan. Entahlah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan