SEORANG pensyarah yang seisi keluarga fasih bertutur bahasa Cina
mengesyorkan kepada Awang agar mempromosikan usaha menggalakkan orang
Melayu belajar bahasa tersebut. Pandangannya itu disokong kuat oleh
seorang aktivis dan tokoh korporat, yang turut serta dalam satu
perbincangan ketika mengunjungi pejabat Utusan, baru-baru ini.
Menurut kedua-duanya adalah lebih mudah memahami sikap dan psiki kaum Cina jika boleh menguasai bahasa mereka. Awang setuju.
Pensyarah itu juga membawa suatu kisah benar semasa kempen PRU-13 di
Bukit Katil, Melaka pada 1 Mei lalu, untuk direnungkan. Dalam satu
ceramah anjuran pakatan pembangkang, seorang penceramah Cina apabila
tiba gilirannya berucap berapi-api diselang-selikan Bahasa Mandarin dan
Bahasa Malaysia.
Ketika menggunakan Bahasa Malaysia, dia menyentuh soal melawan
rasuah, tukar kerajaan dan perubahan yang para hadirin termasuk
sebahagian Melayu bertepuk. Apabila beralih kepada Bahasa Mandarin,
pemimpin itu dengan nada suara lebih tinggi berjanji akan membina lebih
banyak kandang babi di negeri itu jika pakatan menang.
Majoriti kaum Cina yang hadir gegak gempita dan orang Melayu yang
tidak faham apa-apa, terikut bertepuk sorak. Pensyarah tersebut dan
anaknya lepasan sekolah Cina yang sekadar hadir untuk mendengar,
menggeleng-geleng kepala kerana mereka sangat faham apa yang dituturkan.
Rupa-rupanya Melayu tertipu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan