KUALA LUMPUR 12 April – Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali
sekali lagi didesak supaya menyatakan niat sebenarnya di sebalik
tindakannya yang bersungguh-sungguh mempertahankan isu moral Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
Ketua Pemuda Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Faizal
Jaafar berkata, Mustafa tidak sepatutnya membuat kenyataan membela
Anwar sebelum berbincang atau mengadakan mesyuarat bersama ahli parti
mengenai perkara itu.
Menurut beliau, sepatutnya Mustafa berbincang dengan ahli parti
dahulu sama seperti apa yang dilakukan semasa hendak menyingkirkan bekas
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali.
“Kenyataan yang dikeluarkan tanpa merujuk kepada ahli parti yang lain
menunjukkan seolah-olah ada sesuatu muslihat yang sedang disorokkan
olehnya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Mustafa yang bersungguh-sungguh
mempertahankan isu moral melibatkan Ketua Pembangkang itu di Dewan
Rakyat, baru-baru ini.
Menurut Faizal, Datuk S. Nallakaruppan yang berkawan baik dengan
Anwar juga telah mendedahkan perangai sebenar Penasihat PKR itu, sekali
gus menimbulkan persoalan mengapa Mustafa bertindak melindunginya.
“Mustafa bukan sahabat baik Anwar tapi kenapa dia mempertahankan
Ketua Pembangkang itu? Adakah dia dipaksa oleh puak Anwarinas untuk
melakukannya?
“Ini juga menunjukkan ada rahsia mengenai Mustafa yang sedang
disembunyikan oleh puak Anwarinas,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau meminta Mustafa tampil memberi penjelasan yang
sebenarnya mengenai tindakannya supaya tidak wujud kekeliruan orang
ramai.
/HWA: utusan.com.my | 12/4/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan