Pages

15 April 2012

PM yakin rampas Selangor

SHAH ALAM 14 April - Datuk Seri Najib Tun Razak dalam nada penuh yakin berkata, angin perubahan sedang bertiup kencang bagi mengembalikan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.
Perdana Menteri berkata, angin kencang itu akan meranapkan sesiapa sahaja yang cuba menolak tuntutan rakyat terutamanya generasi muda bagi membuat perubahan tersebut.
“Siapa kata anak muda tidak sokong BN. Bukan sahaja orang muda, orang tua yang berhati muda, kita semua sudah membuat pilihan iaitu BN.
“Kita ingin supaya berlaku perubahan kerana pada 2008, rakyat telah dibuai serta ditipu dengan janji-janji manis yang didagangkan oleh mereka (pembangkang),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Waris Malaya sebagai Sahabat BN di Dataran Transformasi, Kampung Jalan Kebun, di sini hari ini.
Lebih 10,000 anak muda dengan konvoi bermotosikal membanjiri dataran tersebut bagi mendengar ucapan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN. - UTUSAN.
/HWA: utusan.com.my | 14/4/12

Tiada ulasan:

Catat Ulasan