SHAH ALAM 14 April - Datuk Seri Najib Tun Razak dalam nada penuh
yakin berkata, angin perubahan sedang bertiup kencang bagi mengembalikan
Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan di negeri ini pada pilihan raya
umum akan datang.
Perdana Menteri berkata, angin kencang itu akan meranapkan sesiapa
sahaja yang cuba menolak tuntutan rakyat terutamanya generasi muda bagi
membuat perubahan tersebut.
“Siapa kata anak muda tidak sokong BN. Bukan sahaja orang muda, orang
tua yang berhati muda, kita semua sudah membuat pilihan iaitu BN.
“Kita ingin supaya berlaku perubahan kerana pada 2008, rakyat telah
dibuai serta ditipu dengan janji-janji manis yang didagangkan oleh
mereka (pembangkang),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelancaran
pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Waris Malaya sebagai Sahabat BN di
Dataran Transformasi, Kampung Jalan Kebun, di sini hari ini.
Lebih 10,000 anak muda dengan konvoi bermotosikal membanjiri dataran
tersebut bagi mendengar ucapan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN. -
UTUSAN.
/HWA: utusan.com.my | 14/4/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan