KUALA LUMPUR 5 Jun - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghasut
peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) supaya
tidak membayar semula pinjaman itu disifatkan sebagai tidak
bertanggungjawab dan bertentangan dengan agama.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata,
ia juga sebagai satu langkah ‘populis’ Ketua Pembangkang itu untuk
meraih sokongan menjelang pilihan raya umum akan datang.
“Dalam agama jelas mengatakan kalau sudah berhutang, kita kena bayar
balik. Sudah tentu jika pinjaman itu tidak dibayar semula, akan ada
implikasinya," katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis
penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 di Serdang, dekat sini
hari ini.
Beliau mengulas tindakan Anwar menghasut peminjam supaya tidak
membuat bayaran balik pinjaman PTPTN dalam satu ceramah di Permatang
Pauh, Sabtu lalu.
Ucapan Anwar itu dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Cina yang kemudiannya disiarkan portal berita pro pembangkang.
/hwa: utusan.com.my | 6/6/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan