Oleh KAMARUDIN HAMZAH
utusanterengganu@utusan.com.my
IDRIS Jusoh menyerahkan cek bantuan sara hidup Maidam kepada Hasan Abd. Rahman sambil diperhatikan oleh Wan Harujan Wan Sulaiman (kiri) di Kampung Lapan Kotak, Besut, kelmarin.
*****
IDRIS Jusoh menyerahkan cek bantuan sara hidup Maidam kepada Hasan Abd. Rahman sambil diperhatikan oleh Wan Harujan Wan Sulaiman (kiri) di Kampung Lapan Kotak, Besut, kelmarin.*****
BESUT 7 Nov. - Seorang bapa sebak kerana tidak dapat menahan perasaannya setelah menerima cek bantuan sara hidup daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) semalam.
Hasan Abd. Rahman, 46, yang menghidap sejenis penyakit saraf sejak setahun lalu menangis sambil menadah tangan dan berdoa sebaik menerima cek yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh.
Idris yang juga Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam), Wan Harujan Wan Sulaiman menziarahi Hasan yang tinggal di Kampung Lapan Kotak, dekat sini.
Sumbangan sebanyak RM2,000 daripada Maidam itu bagi menampung kehidupan Hasan yang sebelum ini bekerja sebagai tukang rumah tetapi kini hilang pendapatan kerana tidak lagi dapat bekerja.
Ekoran itu Hasan yang mempunyai enam anak berumur antara satu setengah tahun hingga 14 tahun termasuk dua yang masih bersekolah terpaksa bergantung kepada isterinya, Zaleha Latif, 37, yang mengambil upah menjahit pakaian.
Wan Harujan berkata, mengambil kira masalah yang dihadapi Hasan itu, Maidam akan memberikan bantuan mesin jahit kepada Zaliha.
"Dengan ini isteri yang mempunyai kemahiran menjahit akan dapat bekerja untuk menyara sekeluarga setelah suami tidak dapat bekerja kerana menghidap penyakit," ujarnya.
Hasan ketika ditemui memberitahu, dia diserang penyakit tersebut awal tahun lalu dan kemudian mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kelantan.
Katanya, apa yang pelik ialah penglihatannya tidak mengalami sebarang masalah sebaliknya hanya kelopak matanya yang tidak dapat dibuka dan kini apabila dibuka mengalami rasa sakit.
Setakat ini menurutnya, doktor yang merawatnya tidak dapat menjelaskan penyakit sebenar dihidapinya yang dipercayai berkait dengan saraf pada bahagian kelopak mata.
Orang ramai yang ingin membantu Hasan boleh menghubunginya di nombor telefon 013-9822877.
/...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan