Bernama - 25/8/10
BACHOK 25 Ogos - Penyenaraian Malaysia ke-37 terbaik di dunia dalam aspek politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan kualiti hidup membuktikan tuduhan buruk parti pembangkang terhadap kerajaan adalah tidak benar.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, perspektif korup dan muflis yang dilemparkan oleh parti pembangkang selama ini terhadap pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) juga ternyata meleset.
"Mereka sepatutnya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan, bukan mengutuk dan melemparkan tuduhan yang tidak berasas,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama warga kerja Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Tangok di sini, semalam.
Majalah Newsweek dalam laporannya dua hari lepas antara lain menyatakan Malaysia kini menduduki tangga ke-37 terbaik di dunia mengatasi Indonesia, Thailand, China, Filipina, India dan Vietnam dalam aspek politik, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan kualiti hidup.
Majalah itu turut meletakkan Malaysia di tangga kelapan terbaik di dunia dalam bidang pendidikan berbanding negara membangun yang lain.
/hwa: utusan.com.my/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan