BH - 4/10/10
Oleh Faiza Zainudin
Penulis blog tak puas hati pembangkang tidak tunai janjiKUALA LUMPUR: Penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin berhasrat menarik balik sokongan terhadap Pakatan Pembangkang yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas berikutan perikatan tiga parti politik pembangkang itu gagal menunaikan janji pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.
Ancaman itu disuarakannya kepada Anwar dalam satu sesi dialog bersama kira-kira 350 rakyat Malaysia di London semalam yang menyaksikan penulis yang menjadi buruan polis itu hilang sabar dan memberi kata dua kepada Anwar yang juga ketua pembangkang supaya menunaikan janji yang dibuat sebelum ini untuk mengubah landskap politik negara.
Kenyataan Raja Petra itu kemudian disiarkan beberapa blog di negara ini, selain portal berita.
Berita Harian turut mendapat pengesahan daripada seorang penulis blog yang menghubungi penganjur majlis itu di London, Ben Singh, yang turut mengesahkan kenyataan Raja Petra berkenaan.
Pada majlis dialog itu yang turut dihadiri Anwar dan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, Raja Petra turut memaksa Anwar menyatakan pendiriannya terhadap masyarakat madani yang menjadi tumpuan pelbagai gerakan akar umbi di Malaysia dan mencabar pakatan pembangkang berhubung komitmen mereka terhadap pembaharuan yang hendak dibawa dan dilaksanakan.
Raja Petra berkata, sebelum Mac 2008, mereka berbincang dalam tempoh berbulan dan merangka Deklarasi Rakyat yang menjadi versi kemas kini kepada Agenda Untuk Perubahan yang dirangka Anwar sendiri ketika berada di penjara.
Beliau berkata, deklarasi itu yang merangkumi pelbagai isu membabitkan ekonomi, pendidikan, kesihatan dan politik dikemukakan kepada tiga parti politik yang membentuk pakatan pembangkang dan parti pembangkang lain.
Katanya, mereka kemudian menemui rakyat dan berkempen di seluruh negara.
“Bagaimanapun, saya tidak puas hati kerana pakatan pembangkang belum lagi menunaikan janji yang digariskan dalam manifesto walaupun menguasai pemerintahan beberapa kerajaan negeri sepanjang dua setengah tahun lalu.
“Saya juga kecewa dengan sikap tidak berkaliber calon pakatan pembangkang yang bertanding dalam PRU lalu dan menawarkan ‘calon yang berwibawa untuk bertanding mewakili pakatan pembangkang’,” katanya.
Raja Petra turut mempersoalkan isu ramai pemimpin pakatan pembangkang terpaksa bertanding di dua kerusi Parlimen dan DUN, manakala beberapa wakil rakyat yang dipilih pula akhirnya bertindak keluar parti, menyebabkan Barisan Nasional (BN) mengambil alih Perak awal 2009.
Raja Petra berkata, pakatan pembangkang diberi tempoh dua setengah tahun, tetapi tiada pembaharuan tunggal dilaksanakan sehingga kini.
Beliau berkata, rakyat memahami sesetengah pembaharuan boleh dilaksanakan segera atau dalam tempoh dua tahun dan ada yang akan mengambil masa sehingga 20 tahun.
“Jika ada pelaksanaan, kita akan gembira dan terus menyokong pakatan pembangkang dalam setiap pilihan raya kecil seperti di DUN Galas dan pilihan raya umum,” katanya.
Raja Petra berkata, pakatan pembangkang perlu menyedari ‘rakyat adalah tuan’ dan perikatan pembangkang berusia dua setengah tahun itu perlu menyelesaikan beberapa isu jika mahu membentuk Kerajaan Pusat.
/hwa: utusan.com.my/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan