Bernama - 13 Oktober, 2010 12:13 PM
Pembuat layang-layang, Chong Swee Ching, 52, dengan anak perempuannya, May Teng, 21. Foto: Fadzli Ramli
Oleh Fadzli Ramli
MELAKA, 13 Okt (Bernama) -- Pengunjung yang melalui Jalan Tokong, di Melaka Bandaraya Warisan Dunia ini biasanya akan ketemu seorang lelaki yang tekun meraut buluh dan menggunting kertas untuk dibuat layang-layang tradisional.
Chong Swee Ching, 52, melakukan kerja itu di sebuah kedai di tengah-tengah deretan rumah kedai berusia lebih 100 tahun di jalan berkenaan.
Aktiviti seharian beliau ialah membuat layang-layang tradisional masyarakat Cina.
Seni warisan penghias langit ini dikatakan diasaskan oleh rakyat negara China lebih 2,000 tahun dahulu tetapi bila atau siapa yang membawa alat permainan itu ke bumi Melaka tidak diketahui hingga kini.
Swee Ching atau mesra dengan panggilan "Uncle Chong" gigih menghasilkan layang-layang ini untuk memastikan bahan warisan ini tidak lenyap ditelan arus kemodenan zaman.
"Orang sekarang tidak ramai yang suka main layang-layang tengah panas, baik main permainan video di dalam rumah yang ada pendingin hawa," katanya kepada Bernama di sini.
MEMELIHARA WARISAN KELUARGA
Swee Ching mempelajari seni membuat layang-layang ini daripada bapanya, Chong Chin Wah, 83, sejak lebih 20 tahun lalu tetapi pada masa itu beliau mempelajarinya hanya sebagai hobi.
Pertunjukkan layang-layang antarabangsa di Bandar Hilir pada tahun 1990 mengubah segalanya, Swee Ching mula terpesona dengan keindahan seni pembuatan layang-layang ini dan mula aktif menghasilkannya.
Swee Ching merupakan anak kedua daripada empat adik beradik tetapi hanya beliau seorang yang berminat terhadap permainan layang-layang ini.
Bagaimana pun, Swee Ching mampu menarik nafas lega apabila anak lelakinya Thein Siang, 24, dan anak perempuanya May Teng, 21, mewarisi kemahiran membuat layang-layang ini.
Bagi Swee Ching segala usahanya itu dianggap sebagai amanah untuknya mempertahan warisan, bukan sebagai perniagaan kerana beliau memiliki sebuah perniagaan membekal bahan binaan dan kedai runcit yang lebih menguntungkan.
SENI MEMBUAT LAYANG-LAYANG
Selain anak-anaknya, Swee Ching dibantu isterinya Chua Siew Hong, 49, dan mereka mampu menghasilkan antara 20 dan 30 layang-layang sehari bergantung kepada saiz dan corak hiasan layang-layang itu.
Buluh yang dijemur kira-kira seminggu diraut kemudiannya dibentuk sebagai rangka layang-layang, hanya Swee Ching melakukan proses ini kerana ia memerlukan kemahiran yang tinggi untuk menghasilkan rangka mempunyai berat yang sempurna di empat sudut layang-layang itu.
"Dalam 30-40 tahun dulu, layang-layang buat pakai kertas, sekarang sudah ada plastik, kain juga ada tetapi saya masih guna kertas pasal mahu kekalkan seni buatannya," katanya.
Swee Ching hanya menggunakan kertas buluh khas yang diimport dari China untuk menghasilkan layang-layang ini dan tali kapas digunakan untuk mengikat rangka seterusnya menerbangkan layang-layang itu.
Kebanyakan layang-layang yang dihasilkan Uncle Chong selebar 91.44cm hingga 152.4cm (1.5 m).
IMPORT LAYANG-LAYANG
Permintaan terhadap layang-layang ini amat menggalakkan hinggakan Swee Ching dan keluarganya tidak mampu memenuhi semua permintaan dan terpaksa mengimport layang-layang tradisional dari China.
Beliau mengenakan harga antara RM5 dan RM200 bagi layang-layang yang dibuatnya manakala layang-layang biasa yang diimport dari China berharga RM1 tetapi ada juga pelanggan yang meminta beliau mengimport layang-layang yang berharga lebih RM500.
Setiap bulan beliau menjual lebih 200 layang-layang tradisional ini malah pada ketika ditemubual wartawan Bernama, Swee Ching sibuk menyiapkan tempahan 100 layang-layang daripada seorang pereka fesyen di Kuala Lumpur untuk tujuan penggambaran.
Tahun 2006 merupakan tahun yang tidak dapat dilupakan Swee Ching, bermula dengan cakap-cakap kosong di kedai kopi bersama lima rakannya, tiga bulan kemudian mencatat rekod dalam Malaysian Book of Records menghasilkan dan menerbangkan layang-layang terbesar di negara ini.
"Layang-layang itu lebarnya 15.8 meter, panjang sampai ekor 33.2 meter kami guna tali tebal 2.54cm dan ikat hujungnya pada lori. Kemudian kami enam orang terbangkan di Stadium Tun Fatimah masa itu," katanya.
UNDANGAN PROMOSI LAYANG-LAYANG
Layang-layang bernama "Impian" berbentuk ikan pari itu sehingga ke hari ini masih memegang rekod itu.
Beliau banyak dijemput untuk bermain layang-layang ke seluruh Malaysia malah hingga ke Hong Kong dan pada September ini beliau bersama rakan-rakannya akan ke Bintulu, Sarawak untuk memenuhi permintaan bermain layang-layang di sana.
Selain harapan mengekalkan seni ini, Swee Ching berharap agar permainan layang-layang dapat mengukuhkan hubungan kekeluargaan yang semakin rapuh dalam masyarakat di negara ini.
/hwa: bernama.com.my/

Tiada ulasan:
Catat Ulasan