Selepas hampir tiga tahun barulah umum mengetahui hubungan Anwar dengan Mohd Saiful tidak sama seperti yang cuba digambarkan pada sekitar tahun 2008.
Pada petang 21 Mac, Anwar membuat sidang media tergempar di ibu pejabat PKR, menafikan dirinya sebagai aktor dalam klip video skandal seks pemimpin politik yang ditayangkan secara tertutup di Hotel Carcosa pada sebelah paginya.
Portal pro Anwar, Malaysiakini melaporkan Anwar tidak mengenali siapakah Datuk T dan menafikan dirinya dalam video itu kerana ‘perutnya lebih buncit’, walaupun mengakui beliau tidak menonton klip video tersebut.
Malaysiakini : “Memang diberitahu kepada saya bahawa gambar itu mirip kepada gambar saya. “Cuma perut orang itu jauh lebih buncit dari saya,” katanya yang disambut gelak ketawa oleh para pemimpin PKR yang turut hadir di sidang media berkenaan…Mengulas lanjut, Anwar berkata beliau tidak mengetahui siapakah “Datuk T” yang dilaporkan terlibat dengan tayangan video berkenan.
Johari Beritahu Anwar
Anwar mengaku dalam sidang medianya, beliau telah diberitahu isi kandungan klip video itu oleh seseorang, sebab itu beliau yakin bukan dirinya. Siapa yang beritahu Anwar ? Johari Abdul ?
Dua hari selepas itu, YB Johari Abdul, Ahli Parlimen PKR Sungai Petani tampil membuat pengakuan bahawa beliau pernah menonton klip video itu pada 21 Mac, jam 4 petang di Hotel Flamingo Ampang.
Kenyataan media Johari : Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato’ Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut.
Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi…Dato’ Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya (“Johari Abdul”) adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kenyataan media 23 Mac yang banyak disiarkan oleh laman-laman pro Anwar, Johari tidak pernah menyebut kehadiran bapa saudaranya, Datuk Shuib Lazim, salah seorang lagi Datuk T.
Dalam kenyataan pertama itu beliau hanya memfokuskan kepada dua tokoh Dato’ Eskay Shazril Abdullah dan Tan Sri Rahim Thamby Chik, namun Johari mengubah fikiran mengeluarkan, pada 24 Mac dalam kenyataannya di Malaysia, beliau turut mengesahkan kehadiran bapa saudaranya, Shuib Lazim yang sebelum ini cuba disembunyikan.
Kenapa kenyataan Johari berubah mengikut keadaan dan berpilih-pilih ?
Dapat disimpulkan individu yang melaporkan kepada Anwar adalah Johari sendiri kerana beliau merupakan tokoh pertama dari PKR yang dipertontonkan klip video itu.
Seandainya Johari melaporkan ‘perut lelaki itu lebih buncit’ daripada Anwar, mustahil Anwar tidak bertanyanya kembali, siapa yang jemputnya? Mustahil juga, Johari tidak menyatakan Datuk Trio iaitu Datuk Syazrly Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim.
Jika semua maklumat ini dilaporkan kepada Anwar, mustahil pula Ketua Umum itu menafikan segalanya seolah-olah tidak mengenali siapakah Datuk T.
Sebab itu ramai yang berpendapat kenyataan media Johari lebih banyak merugikan Anwar kerana menjadi penyambung lidah kepada kenyataan Syazrly yang tidak didedahkan kepada umum.
Misalnya berkenaan kegemaran Anwar mengunjungi rumah pelacuran, club house, di Thailand dan lokasi Syazrly yang menginap bersebelahan bilik skandal bersama pelacur itu dirakamkan.
Blogger Another Brick In Wall (ABIW) mengatakan kenyataan Johari adalah bohong, berbohong di atas nama bapa saudaranya, Shuib Lazim.
ABIW : Apabila ditanya berkaitan dengan kenyataan Johari, Shuib memberitahu kepada blogger itu, “Anak menatang babi … Saya uruskan sama. Mestilah saya ambil tanggungjawab.”
Hubungan Panjang Syazrly Eskay & Anwar
“Saya kenal Anwar sejak 1996″, kata Syazrly Eskay kepada media. “Saya sudah dipergunakan oleh manusia yang bernama Anwar Ibrahim terlalu lama. Tetapi saya bukan diperlakukan seperti Mohd Saiful, saya adalah lelaki normal” katanya dalam sidang media di Impiana Hotel yang menggambarkan hubungan peribadinya dengan Ketua Umum PKR itu sejak menjawat Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan lagi.
Walaupun, Anwar kini berusaha menafikan pernah mengenali Syazrly Eskay, namun individu-individu yang pernah rapat dengan Anwar menyatakan sebaliknya.
Salah seorangnya, blogger x-pkr yang menyatakan Syazrly Eskay memang rapat dengan Anwar. Selepas Anwar keluar penjara 2004, Syazrly Eskay mengikuti Anwar hingga ke Oxford, ketika Ketua Umum PKR itu menjadi pensyarah pelawat di St. Antony’s College, Universiti Oxford.
Ketika itu Anwar memperkenalkan Syazrly Eskay kepada kawan-kawan rapatnya sebagai juruterapi fisio (physiotherapist) untuk merawat tulang belakangnya.
X-PKR : Sehingga Anwar pulang ke Malaysia 2005, Eskay tetap mengikut Anwar. Namun tidak ramai yang mengenali Eskay kerana kemunculan Eskay ‘cukup misteri’ selalunya waktu lewat senja atau malam setelah selesai program Anwar…2004-2010, Eskay adalah Konsul (Kehormat) Thailand ke Malaysia…Kerana itu juga timbul andaian bagaimana begitu mudah Raja Petra memasuki Thailand setelah meninggalkan Malaysia biarpun tanpa dokumen perjalanan yang sah. Anwar juga kerap transit di Bangkok sebelum atau mengakhiri perjalanannya ke luar negara semasa Eskay menjadi Konsul Kehormat Thailand di Malaysia.
Blogger Kickefella yang pernah bekerja dengan kroni Anwar, YB Husam Musa juga turut mengesahkan maklumat x-pkr.
Menurutnya, Syazrly Eskay merupakan pakar physiotherapist yang membantu memulihkan sakit belakang Anwar akibat jatuh dari kuda sewaktu Ketua Umum PKR itu menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Kickdefella : Di kediamannya (Syazrly Eskay) juga pada ketika itu masih terdapat beberapa peralatan pemulihan yang digunakan untuk Anwar dan yang paling saya ingat ialah sebuah kerusi jati penyerahan bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie kepada Anwar ketika Anwar mengunjungi Habibie…
Saya rasa tiada pihak boleh menafikan hubungan rapat Eskay dan Anwar. Sebagai seorang yang merawat Anwar untuk sekian lama, mustahil juga Eskay boleh tertukar Anwar dengan individu lain di dalam rakaman video yang sedang heboh diperkatakan
anwaraidc.com
/hwa: umno-online.com | mediaUMNO - 25/3/11
Tiada ulasan:
Catat Ulasan