22 Mac 2011

Ubah kepimpinan Sarawak: Kami tahu masa yang tepat - PM

SERIAN 19 Mac— Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau dan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah pun tahu masa yang tepat untuk melakukan perubahan kepada kepimpinan di negeri ini.

Najib berkata, beliau dan Taib mempunyai ”persefahaman yang sangat baik” mengenai masa untuk membuat pengumuman berhubung perkara itu.

"Saya tahu beliau telah bersedia. Apabila tiba masanya, beliau sedia beredar dari arena dan kami mempunyai persefahaman yang sangat baik mengenai bilakah ia akan berlaku,” katanya ketika berucap pada program ”Senada Sejiwa” di sini hari ini.

Program itu yang mengetengahkan pameran produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan, dianjurkan oleh kerajaan Sarawak.

Najib berkata, perubahan kepimpinan negeri bukanlah suatu perkara yang boleh didesak memandangkan peralihan yang lancar merupakan perkara paling utama.

/hwa: utusan.com.my | um - 19/3/11

Tiada ulasan: