TANJONG KARANG 13 April - UMNO sudah menerima
semua nama calon yang dipilih oleh setiap Jawatankuasa Khas di peringkat
bahagian untuk disenaraikan bagi bertanding pada Pilihan Raya Umum
Ke-13.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata, senarai
itu telah diterima pada 2 April lalu iaitu membabitkan tiga nama bagi
setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Ia melibatkan seluruh bahagian di kawasan yang ditandingi UMNO dan
saya juga minta parti komponen menyediakan senarai calon bagi kawasan
yang mereka bertanding.
"Langkah meminta peringkat bahagian menyediakan senarai nama calon
itu adalah berasaskan kepada Fasal 15 (3) Perlembagaan UMNO yang mahu
jawatankuasa di bahagian menyediakan tiga nama bagi setiap jawatan,"
katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan jentera
pilihan raya BN peringkat Parlimen Tanjong Karang di sini hari ini.
Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, jawatankuasa
khas itu boleh membuat sebarang pencalonan namun ia bukanlah senarai
muktamad.
Ditanya bilakah senarai akhir calon-calon itu dapat disiapkan, beliau
berkata, pihaknya kini dalam proses akhir penyenaraian nama- nama calon
tersebut.
/HWA: utusan.com.my | 14/4/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan