KUALA LUMPUR 8 Mei - Pergerakan Puteri UMNO hari ini menafikan
dakwaan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali bahawa
luahan hati ibunya, Che Tom Yahaya yang disiarkan sebuah stesen
televisyen baru-baru ini adalah plot cerita yang direka oleh UMNO.
Sambil menyifatkan tuduhan itu tidak berasas, Ketua sayap Datuk
Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, Puteri UMNO kesal dengan dakwaan
Azmin bahawa wawancara tersebut dirancang UMNO.
"Ini adalah satu tohmahan sempit untuk mengatakan UMNO ada kuasa
untuk mempengaruhi hubungan darah daging antara ibu dan anak. Jika wujud
pergeseran dalam keluarga, Azmin sebagai anak dan orang penting dalam
PKR serta pemimpin seharusnya menunjukkan teladan yang baik," katanya
dalam kenyataan, di sini hari ini.
Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, Puteri UMNO
berharap Azmin dapat mengambil iktibar daripada isu itu, selain cuba
memperbaiki hubungan beliau dengan keluarga, tidak menyalahkan orang
lain serta mengaitkan apa-apa perbuatan dengan agenda politik.
Sambil menegaskan bahawa UMNO tidak mempunyai sebarang kaitan dengan
isu tersebut, Rosnah berkata, apa yang jelas sekarang adalah pemimpin
pembangkang itu sudah tersepit akibat perbuatan sendiri.
"Rakyat sudah makin pandai menilai dan akan melihat pemimpin dari
pelbagai sudut. Sebagai seorang anak, Azmin harus ingat bahawa keredaan
ibu adalah penting untuk menghadapi kehidupan dunia dan akhirat kelak,"
katanya. - BERNAMA

katanya. - BERNAMA.
/HWA: utusan.com.my | 8/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan