Muhammad Zahid Md. Arip (dua dari
kiri) bersama rakan-rakannya menunjukkan isyarat 'tidak ada' selepas
menunggu 20 minit untuk Azmin Ali hadir bagi melaksanakan majlis
sumpah laknat di Masjid Negara, Kuala Lumpur, semalam.
*****
KUALA LUMPUR 4 Mei - Kelab Tolak Individu
Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) menggelar Timbalan Presiden Parti Keadilan
Rakyat (PKR), Azmin Ali sebagai 'dayus dan bacul' ekoran kegagalannya
untuk hadir pada majlis sumpah laknat yang dijadual diadakan selepas
solat Jumaat di Masjid Negara di sini hari ini.
Mursyidul Am TIBAI, Muhammad Zahid Md. Arip berkata, Azmin sepatutnya
menggunakan peluang itu untuk membersihkan dirinya daripada dikaitkan
dengan gambar-gambar aksi seks oral seperti yang disiarkan oleh beberapa
laman blog.
Selain itu menurutnya, Ahli Parlimen Gombak terbabit juga
bertanggungjawab membersihkan maruah isterinya, Shamsidar Taharin serta
anak-anak mereka yang amat memerlukan perlindungan seorang suami dan
ayah.
''TIBAI amat kesal dengan kegagalan Azmin hadir pada majlis sumpah
laknat hari ini walaupun saya telah membuat cabaran secara terbuka
terhadap beliau, kelmarin. Saya yakin beliau dengar cabaran tersebut.
''Inilah gejala berbahaya 'LGBTD' iaitu lesbian, gay, biseksual,
transgender dan dayus yang sedang melanda pembangkang," katanya pada
sidang akhbar selepas solat Jumaat di Masjid Negara di sini hari ini.
Hadir sama ialah Ahli Majlis Syura TIBAI, Azwanddin Hamzah dan Hamidzun Khairudin.
Muhammad Zahid dan Ahli-Ahli Majlis Syura TIBAI menunggu selama 20
minit sebelum mengadakan sidang akhbar bagi mengecam kegagalan Azmin
hadir pada majlis sumpah laknat itu.
Tambah Muhammad Zahid, Azmin seharusnya berani tampil untuk
membersihkan dirinya di Masjid Negara iaitu lokasi yang sering dijadikan
tumpuan peserta perhimpunan Bersih.
''Sehubungan itu, saya sekali lagi mencabar Azmin untuk hadir pada
program Siri Jelajah TIBAI di Pinggiran Batu Caves, Gombak pada 10 Mei
ini, pukul 8.30 malam," ujarnya.
Kata beliau, pemimpin pembangkang itu perlu berani bersemuka dengan
orang ramai di Parlimen Gombak yang diwakilinya bagi memberi penjelasan
tentang isu gambar panas tersebut.
/HWA: utusan.com.my | 5/5/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan