18 Jun 2012

Salah Nizar sendiri bukan media

PULAU PINANG 15 Jun - Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak sepatutnya menyalahkan media berhubung kenyataan kontroversinya di Twitter mengenai bidaan nombor plat WWW 1 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sebaliknya ia jelas merupakan salahnya sendiri.
Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Aminah Abdullah (gambar) berkata, sekiranya dia tidak menulis komennya di laman sosial berkenaan, pihak media pasti tidak melaporkan apa ditulis Ahli Parlimen Bukit Gantang itu.
"Perkara ini berlaku kerana salah sendiri yang tidak berfikir panjang sebelum bertindak. Jadi, apabila Sultan Ibrahim murka, dia cuba menyalahkan orang lain pula.
"Saya pelik sekiranya dia yang dilahirkan sebagai orang Melayu di negeri yang mempunyai sultan, tidak tahu tentang adab dan adat berhubung perkara itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari.
Mengulas lanjut, Aminah berkata, sebagai seorang yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, Mohammad Nizar sepatutnya lebih tahu bagaimana hendak menghormati Sultan.
"Sultan dan Yang di-Pertuan Agong merupakan payung kepada kehidupan rakyat dan Mohammad Nizar pula datang dari negeri yang mempunyai sultan, adalah pelik sekiranya dia tidak tahu hal itu," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 16/6/12

Tiada ulasan: