JOHN MCCAIN
*****
KUALA LUMPUR 5 Jun - Ahli Senat Amerika Syarikat (AS), Senator John
McCain menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai
seorang reformis hebat yang sentiasa berusaha mempertingkatkan hubungan
antara AS dan Malaysia ke tahap lebih baik.
Perkara itu dinyatakan McCain melalui laman sosial Twitter baru-baru
ini selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Najib di Putrajaya bulan
lalu.
“Pertemuan hebat dengan Perdana Menteri Najib di Malaysia. Beliau
seorang reformis hebat yang sentiasa berusaha mempertingkatkan hubungan
antara AS dan Malaysia," katanya menerusi Twitter itu.
McCain yang merupakan Ahli Senat dari Arizona bersama-sama Senator
Joseph Liberman dari Connecticut berada di Malaysia dari 30 Mei hingga 1
Jun lalu bagi menghadiri Persidangan Invest Malaysia 2012 yang
dilancarkan Perdana Menteri.
Pada pertemuan dengan Najib, McCain turut memuji usaha Perdana
Menteri dalam memperkenalkan program transformasi kerajaan kepada
rakyat.
Kedua-dua senator yang berpengaruh di Amerika Syarikat itu turut
mengakui Malaysia merupakan contoh sebuah negara Islam di mata dunia
yang mengamalkan sistem demokrasi dan mempunyai kemajuan ekonomi yang
menakjubkan.
Beliau yang turut kagum dengan pentadbiran Najib melihat Malaysia
sebagai sebuah negara yang boleh menjadi contoh kepada seluruh dunia.
/hwa: utusan.com.my | 6/6/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan