PULAU PINANG 7 Ogos - Pemimpin kerajaan DAP Pulau Pinang dibidas
kerana cuba mengelirukan rakyat dengan 'bermain' angka berhubung isu
rumah mampu milik.
Ketua Biro Publisiti, Informasi dan Komunikasi Gerakan negeri, Dr.
Thor Teong Gee berkata, kerajaan negeri sepatutnya membuktikan mereka
prihatin dalam isu tersebut dengan membina segera rumah mampu milik.
Menurutnya, dakwaan kerajaan DAP telah melaksanakan empat projek
perumahan mampu milik termasuk di Jalan S. P. Chelliah dan Batu Kawan
sejak 2008 menimbulkan tanda-tanya.
"Ini kerana sampai hari ini, binaan asas di kawasan projek berkenaan pun tiada lagi.
"Kerajaan DAP Pulau Pinang dakwa mempunyai peruntukan sejumlah RM500
juta bagi dana perumahan mampu milik tetapi apa gunanya jika tidak
digunakan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Perancangan Bandar
dan Desa Pulau Pinang, Wong Hon Wai menafikan kenyataan Barisan Nasional
(BN) bahawa kerajaan negeri gagal memperkenalkan skim rumah kos rendah
sejak empat tahun lalu.
Sedangkan jelas Hon Wai, kerajaan negeri menerima lebih 152,000 permohonan daripada rakyat untuk membeli rumah kos rendah.
Kata Teong Gee, BN mempunyai sistem yang lebih sempurna untuk
memastikan pemaju perlu dikenakan syarat membina perumahan mampu milik
kepada penduduk Pulau Pinang.
/hwa: utusan.com.my | 8/8/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan