KUALA LUMPUR 6 Ogos - Pas memang wajar menerima penghinaan daripada
DAP dan Karpal Singh berhubung isu hudud kerana parti itu sendiri tiada
pendirian dan sudah hilang maruah selepas sanggup menggadai asas
perjuangannya.
Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad
Zahid Md. Arip berkata, bagi sebuah parti yang sudah tiada pendirian dan
maruah diri, penghinaan sedemikian akan berterusan diterima Pas.
Justeru, dalam nada sinis beliau berkata, adalah tidak wajar untuk
ahli akar umbi mendesak kepimpinan Pas keluar daripada pakatan
pembangkang kerana keputusan menggugurkan negara Islam juga dibuat
disebabkan tunduk kepada DAP.
Sepatutnya ahli akar umbi meminta pucuk pimpinan Pas terus kekal
dalam pakatan kerana dengan cara itulah Pas boleh secara berterusan
memainkan peranan sebagai 'perkakas' kepada pembangkang.
"Lagi pun Pas bukan serius mahu melaksanakan hudud. Jika serius, Pas
tidak mungkin menukar perjuangan menubuhkan negara Islam kepada negara
kebajikan," katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini
hari ini.
/hwa: utusan.com.my | 7/8/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan