27 Ogos 2012

Teruskan tekan Guan Eng, Kit Siang bersuara

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Tekanan ke atas Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng perlu diteruskan bagi memastikan mereka tampil memberi penjelasan berhubung tindakan mengelak daripada bersuara mengenai hukum hudud dan penubuhan negara Islam yang dicadangkan Pas.
Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata, ia penting kerana rakyat perlu tahu pendirian kedua-dua pemimpin kanan parti itu yang selama ini memilih pendekatan 'jalan selamat' untuk tidak menyentuh isu tersebut.
"Saya melihat tindakan Guan Eng dan Kit Siang ini semata-mata tidak mahu memudaratkan karier dan reputasi politik Guan Eng sebagai Ketua Menteri. Mereka tidak mahu terperangkap dalam isu yang sensitif.
"Tambahan pula, seperti yang kita maklum sejak dahulu lagi Pengerusinya, Karpal Singh begitu konsisten berjuang dalam membantah cadangan Pas itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan DAP yang meletakkan tanggungjawab menjelaskan penentangan parti itu terhadap hudud dan negara Islam Pas sepenuhnya di bahu Karpal.
Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, tindakan berdiam diri dua beranak itu jelas menampakkan ketidaksanggupan mereka untuk menghadapi kemelut yang bakal berlaku dalam parti itu.
"Saya tidak pasti sama ada ia gerakan terancang DAP ataupun sebaliknya memandangkan ramai yang mempersoalkan kenyataan yang dikeluarkan Karpal.
"Apakah kenyataan itu merupakan pendirian parti ataupun Karpal sahaja," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 22/8/12

Tiada ulasan: