KUALA LUMPUR 18 Ogos - Umat Islam tanpa mengira pendirian politik di
negara ini perlu bersatu menentang golongan yang cuba menghina atau
mencabar agama mereka.
Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman berkata, umat Islam
harus menjauhkan diri daripada bersekongkol dengan golongan berkenaan,
khususnya yang secara terang-terangan menentang pelaksanaan syariah
(perundangan) Islam secara keseluruhannya.
Malah katanya, adalah menjadi kewajipan untuk menghalang golongan
tersebut daripada terus menghina agama Islam dan bukannya mempertahan
atau bersama dengan mereka.
"Kita perlu halang sesiapa sahaja yang menentang agama Islam atau
golongan yang bersekongkol dengan mereka. Lebih-lebih lagi jika golongan
itu menentang syariah Islam sepenuhnya, mereka harus dijauhi dan tidak
boleh didampingi.
"Contohnya, hukum hudud, penentangan pelaksanaannya di sesebuah
negara oleh golongan bukan Islam dibenarkan berdasarkan pendapat
beberapa ulama tetapi sekiranya golongan itu menentang pelaksanaan
syariah Islam secara keseluruhan, mereka perlu ditentang serta dijauhi,"
katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini.
Semalam, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa menegaskan,
beliau sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan agama Islam.
Mengulas perkara sama, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya menyokong sikap Nasharudin yang secara konsisten mempertahankan maruah Islam.
Katanya, pihak yang cuba mempertikaikan agama Islam tidak seharusnya
dibiarkan dan mesti diberi penjelasan supaya segala kekeliruan yang
timbul dapat diselesaikan dengan baik.
/hwa: utusan.com.my | 19/8/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan