9 September 2012

Ada gerakan cuba cipta tahap kedua kemerdekaan

SHAH ALAM 5 Sept. - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor mendakwa, terdapat banyak petanda politik yang seolah-olah menunjukkan ada gerakan yang cuba mencipta tahap kedua kemerdekaan negara.
Sambil menjelaskan petanda itu dilihat berdasarkan pengalamannya dalam bidang risikan semasa bertugas dalam pasukan polis, Abdul Rahim berkata, gerakan halus tersebut yang bermula beberapa tahun lalu berkemungkinan didalangi pihak yang tidak sehaluan dengan kerajaan.
Dakwa beliau, golongan itu mahukan lonjakan baru kerana pada mereka kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 hanyalah tahap kemerdekaan pertama iaitu kejayaan menghalau penjajah.
“Dalam erti kata lain, jika mereka mencapai kuasa, mereka akan mencipta kemerdekaan selanjutnya dengan menghapuskan Perlembagaan negara dan mewujudkan Perlembagaan baru seolah-olah sistem republik.
“Malah ada pemimpin tertentu selain menghasut rakyat di negara ini turut ke luar negara yang biasa dengan revolusi berdarah dan menyebarkan kononnya revolusi telah bermula di Malaysia," katanya.
Beliau ditemui pemberita semasa Majlis Aidilfitri Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.
/hwa: utusan.com.my | 6/9/12

Tiada ulasan: