WAKIL enam NGO Sepang menunjukkan
laporan polis berhubung insiden kebiadaban peserta Himpunan Janji Bersih
di IPD Sepang, Selangor, semalam.
*****
SEPANG 5 Sept. - Pertubuhan Bukan Kerajaan Sepang (NGO Sepang) hari
ini membuat laporan polis berhubung insiden kebiadapan pada malam ambang
sambutan merdeka pada 30 Ogos lalu.
Wakil pertubuhan itu, Zainal Abidin Sahar berkata, pihak polis
diminta mengambil tindakan segera terhadap individu-individu yang
melakukan perbuatan melampau tersebut.
"Pihak berkuasa diminta mengambil tindakan segera dan jangan biar
perkara ini terus berlarutan. Sampai bila kita hendak lihat tindakan
kurang ajar seperti ini?
"Gunakan apa saja akta dan tindakan yang boleh disabitkan mereka ini.
Takut nanti menjadi ikutan pula," katanya kepada pemberita selepas
membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini.
Seramai 30 orang hadir memberi sokongan terhadap enam laporan polis
oleh NGO Sepang yang terdiri daripada Alumni Majlis Belia Malaysia, NGO
India Dengkil, Wanita Muda Sepang, dan Persatuan Belia Bukit Canggang.
Sebelum ini pelbagai pihak membuat laporan polis berhubung tindakan
biadap peserta Perhimpunan Janji Bersih memijak gambar pemimpin negara
dan menghina Jalur Gemilang ketika sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di
Dataran Merdeka baru-baru ini.
Zainal Abidin berkata, laporan polis yang dibuat hari ini juga untuk
memberi sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak.
"Saya tidak faham mengapa Perdana Menteri dilakukan sampai sedemikian rupa, apalah salah beliau," katanya.
/hwa: utusan.com.my | 6/9/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan