PARANOIA Pas kepada sekeping gambar bekas Timbalan Presidennya,
Nasharudin Mat Isa (gambar) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak di Mekah baru-baru ini, agak sukar diterima oleh kalangan
pemimpin kanan dan ulama parti itu.
*****
Nampaknya menjadi dosa politik yang besar pula bagi Pas apabila
seorang pemimpin parti politik duduk bergambar dengan seorang pemimpin
yang berbeza ideologi politiknya.
Mengapa tidak dilihat dari sudut hidayah Islam apabila Nasharudin
sanggup berada dalam saf yang sama dengan Perdana Menteri semasa
pertemuan muhibah bersama para ulama Arab Saudi tersebut?
Nasharudin secara jelas merujuk bahawa perbincangan yang dilakukan
di Mekah adalah berkenaan isu-isu yang jauh lebih besar daripada isu
Pas-UMNO. Antaranya, isu konflik pergolakan di Syria dan kekejaman junta
Myanmar ke atas etnik Rohingya.
Tetapi mujurlah masih ada ulama dalam Pas yang berfikiran dengan
pandangan matang menolak kecaman terhadap Nasharudin termasuk desakan
supaya memecat dari parti, hanya kerana beliau menggesa Pas supaya
mengkaji semula hubungan dengan pakatan pembangkang berikutan
keceluparan Pengerusi DAP, Karpal Singh mempertikaikan perjuangan Pas
mahu mewujudkan negara Islam di negara ini.
Nasharudin membawa imej politik sederhana berbanding fahaman politik yang membudaya semangat kebencian.
Berikut antara petikan sokongan terbuka yang diterima oleh Nasharudin daripada sebahagian pemimpin Pas di seluruh negara.
Beliau ialah bekas Timbalan Presiden, sudah tentu masih relevan
walaupun beliau dilihat mengambil pendekatan menongkah arus dalam
mempertahankan maruah Pas. Mungkin ramai yang tidak senang dengan
tindakan beliau kebelakangan ini yang dilihat cukup lantang, tetapi
untuk menidakkan sumbangan yang boleh dimainkan Nasharudin adalah tidak
wajar. (27 Ogos 2012)
NOR AZMI MUSA
Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak
SAYA sudah cakap dari dulu lagi, Nasharudin masih relevan. Beliau
bekas Timbalan Presiden dan meskipun tidak terpilih pada muktamar lalu,
Nasharudin masih mampu menyumbang kepada perjuangan Pas."(27 Ogos 2012)
DATUK HARUN TAIB
Ketua Dewan Ulama Pas
/hwa: utusan.com.my | 2/9/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan