PULAU PINANG 16 Okt. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng diminta memberi
penjelasan mengenai tindakannya tidak membelanjakan baki dalam Akaun
Amanah Perumahan Bumiputera berjumlah RM33.36 juta bagi membina rumah
mampu milik atau kos rendah untuk rakyat.
Berdasarkan Penyata Kewangan Kerajaan Negeri dan Pengurusan Kewangan
Jabatan/Agensi Negeri Pulau Pinang Tahun 2011 dalam Laporan Ketua Audit
Negara, jumlah tersebut merupakan peningkatan sebanyak RM12.25 juta atau
58 peratus berbanding RM21.11 juta pada tahun sebelumnya.
Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang, Mohd. Nor
Suhaili Jamali berkata, wang itu sepatutnya dikembalikan semula kepada
rakyat untuk dibina rumah mampu milik dan rumah kos rendah bagi golongan
bumiputera.
Kenapa mahu simpan duit itu?
Kenapa tidak dibelanjakan semula untuk kebajikan rakyat bumiputera," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang ditubuhkan pada
September 2009 bertujuan mengakaunkan bayaran sumbangan yang disalurkan
oleh kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, pemaju atau pihak lain.
Ia bagi membolehkan kerajaan negeri melaksanakan aktiviti atau
program yang berkaitan dengan pembelian atau pembangunan tanah, rumah,
ruang komersial atau hartanah lain untuk manfaat penduduk bumiputera.
Tahun lalu, baki tabung berkenaan berjumlah RM33.36 juta iaitu
meningkat RM12.25 juta atau 58 peratus berbanding RM21.11 juta pada
2010.
Peningkatan itu diperoleh daripada pemaju perumahan yang melepaskan kuota bumiputera pada 2010 berjumlah RM12.25 juta.
Mohd. Nor Suhaili menambah, Kerajaan DAP Pulau Pinang juga perlu
mempamerkan maklumat rumah kuota bumiputera yang dibuka untuk jualan
kepada bukan bumiputera seperti jenis dan lokasinya kepada orang ramai.
Kerajaan negeri boleh siarkan senarai berkenaan dalam akhbar bulanan mereka iaitu Buletin Mutiara," ujarnya.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20121017/po_01/Mana-baki-tabung-bumiputera-RM3336j#ixzz29cgJSCqE
© Utusan Melayu (M) Bhd | 17/10/12, hwa
© Utusan Melayu (M) Bhd | 17/10/12, hwa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan