Muhyiddin beramah mesra dengan panel jemputan dan tetamu program Seminar Dakwah Nasional di PWTC, semalam.
*****
Timbalan Perdana Menteri berkata, fahaman itu juga menganjurkan supaya umat Islam membebaskan diri daripada kepercayaan dan peraturan agama sebagai teras kehidupan selama ini.
Usah biar menular
“Fahaman ini jika dibiarkan menular dalam masyarakat akan menyebabkan manusia tidak lagi menjalani kehidupan berasaskan panduan dan pedoman agama.
“Manusia tidak lagi mempercayai kewujudan Tuhan, manakala syariat Islam yang menekankan ketertiban dalam hubungan antara individu, keluarga, masyarakat dan negara tidak lagi dipatuhi, malah dianggap sebagai lapuk dan mengekang kebebasan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Dakwah Nasional di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.
Seminar dua hari itu membincangkan dua perspektif utama dalam Islam iaitu aspek berkaitan kekuasaan serta keilmuan dan keintelektualan.
Sepuluh kertas kerja dibentangkan pada seminar itu termasuk oleh bekas Timbalan Presiden PAS yang juga Pengarah Pusat Fiqh Kontemporari, Nasharudin Mat Isa yang akan membentangkan kertas kerja ‘Dakwah Islamiah Dalam Mendepani Kemelut Politik Semasa Malaysia,’ hari ini.
Justeru, Muhyiddin menggesa pemimpin pertubuhan Islam termasuk ulama dan ilmuwan Islam tampil memperkasa kegiatan dakwah untuk menghadapi cabaran pemikiran dan akidah yang sedang melanda dunia ketika ini.
Elak perpecahan
Katanya, perkara utama yang perlu diberi perhatian ialah mengelakkan perpecahan sesama sendiri.
“Jangan biarkan perbezaan fahaman dan pandangan politik menyebabkan kita bersengketa sesama sendiri, berpecah-belah dan akhirnya merugikan umat Islam, seperti negara yang mengamalkan pemerintahan sekular hingga mengakibatkan gerakan dakwah ditindas dan dizalimi.
“Perpaduan ummah dapat dicapai sekiranya diperjuangkan secara ikhlas, dan itu adalah kunci utama untuk kita mendepani cabaran masa kini mencakupi cabaran budaya, ideologi dan akidah,” katanya.
/hwa: bharian.com.my | 9/10/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan