IPOH 4 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Datuk
Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui telah menandatangani surat
bertarikh 17 Disember 2008 berhubung sokongan terhadap projek pusat
pengagihan bijih besi Vale International dan kesahihan kandungan surat
berkenaan.
Perkara itu diakuinya selepas Tan Sri Tajol Rosli Ghazali
(BN-Pengkalan Hulu) yang menggunakan Perintah Tetap 23 (C) meminta ADUN
Pasir Panjang itu menyatakan sama ada kandungan surat yang dibacakan
oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebelum itu benar
atau sebaliknya.
"Saya mengakui surat itu sahih, benar dan saya yang menandatangani
surat berkenaan. Surat itu adalah benar, kata Mohammad Nizar pada hari
kedua persidangan DUN Perak di sini hari ini.
Terdahulu, ketika menjawab soalan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Sitiawan)
Zambry berkata, isu berhubung kelulusan terhadap pelaburan projek
pengagihan bijih besi oleh Vale International di Perak sepatutnya
dijawab oleh Mohammad Nizar kerana beliau menjadi menteri besar ketika
itu. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan