Kota Bharu: Bagi menyelamat umat Islam daripada berpecah belah,
PAS perlu dibubarkan supaya penyatuan umat Islam dapat diperkasakan.
Pengerusi Biro dan Agama Ulama Majlis Veteran Negeri Kelantan, Mohd Noor Deris, berkata pembubaran parti itu perlu kerana ia kini sudah menyimpang daripada dasarnya sehingga membawa perpecahan kepada umat Islam.

“Kita tidak mahu negara ini jadi seperti negara Islam lain
seperti Palestin, Mesir dan Iraq yang mana mereka berperang sesama
sendiri kerana perbezaan parti politik,” katanya.
Kita tidak mahu negara ini jadi seperti negara Islam lain seperti Palestin, Mesir dan Iraq yang mana mereka berperang sesama sendiri," Mohd Noor Deris, Pengerusi Biro dan Agama Ulama Majlis Veteran Negeri Kelantan
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai
cadangan supaya Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berundur dan
menyerahkan jawatan itu kepada timbalannya, Datuk Dr Haron Din.
Sementara itu, Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah turut bersetuju dengan cadangan berkenaan kerana faktor umur dan kepemimpinan Nik Aziz yang dilihat boleh membawa kemudaratan kepada umat Islam.
Pentadbiran Nik Aziz tak stabil
“Nik Aziz terlalu lama mentadbir, kepemimpinan serta pandangannya nampak sudah tidak stabil dan seperti orang nyanyuk kerana rasa keputusan dia seorang yang betul.
“Kalau dia nak teruskan dengan keputusannya untuk memimpin, keadaan akan menjadi semakin buruk dan umat Islam akan berpecah,” katanya.

/hwa: bharian.com.my | 16/10/12
Tiada ulasan:
Catat Ulasan