BUKIT MERTAJAM 24 Jan. - Pemimpin dan ahli Pas termasuk orang Islam
lain yang menyokong pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim supaya membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah adalah
tergolong sebagai syirik.
Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata,
Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din baru-baru ini telah
membuat ketetapan sedemikian dan seharusnya dipatuhi terutama oleh semua
pemimpin dan ahli parti itu.
Sehubungan itu, tegasnya, kepimpinan tertinggi Pas terutama Mursyidul
Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang dan Haron sendiri perlu segera menjelaskan perkara berkenaan
supaya tidak mengelirukan umat Islam.
"Saya harap Nik Abdul Aziz, Abdul Hadi, Haron beritahu mereka semua
ini amalan syirik. "Jangan mati dalam syirik. Jangan nanti mereka
(berjuang) dalam parti Islam tetapi mati dalam syirik," katanya kepada
pemberita di sini hari ini.
Hasan yang juga bekas Naib Presiden Pas ditemui selepas menjadi
panel Forum Perdana dalam program Gerak Himpun Maulidur Rasul. - UTUSAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan