22 Januari 2013

Kerajaan PKR Selangor gagal bela nasib penternak ruminan

NOH Omar (tiga dari kanan) memperkatakan sesuatu kepada Pengerusi Persatuan Penternak Ruminan Selangor, Samad Kassin (dua dari kanan) selepas menyampaikan bantuan lembu tenusu sempena Perhimpunan Warga Penternak Selangor bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani di Bukit Changgang, Sepang hari ini. - UTUSAN/SAHARUDDIN ABDULLAH
*****
SEPANG 21 Jan. - "Kerajaan negeri (Selangor) tidak adil kepada penternak, sepatutnya disediakan tapak baru kepada golongan ini bagi memastikan mereka mempunyai lokasi sesuai untuk meneruskan aktiviti penternakan.
"Perkara itu sudah lama berlarutan sehingga menjejaskan hasil ternakan negara seperti daging dan produk tenusu."
Kenyataan membidas kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu dibuat Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Warga Penternak Bersama kementerian berkenaan di Dataran Sadiman di sini hari ini.
"Ketika BN memerintah di Selangor perkara ini tidak berlaku kerana kita menyediakan lokasi baharu sekiranya ada kandang penternak perlu dirobohkan," kataNoh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor. - UTUSAN.

Tiada ulasan: