7 Januari 2013

KITA cabar Shamsidar, Phaik Kheng ambil tindakan

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali, Shamsidar Taharin dan bekas kakitangan pejabat Guan Eng, Ng Phaik Kheng dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan jika segala dakwaan dikaitkan terhadap mereka adalah tidak benar.
Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, ini kerana kedua-dua wanita terbabit tidak pernah membuat penafian berhubung segala dakwaan yang dikaitkan ke atas mereka.
"Sehingga hari ini dua wanita ini tidak pernah membuat sebarang kenyataan sama ada mereka terlibat atau tidak. Persoalannya adakah mulut mereka dikunci rapat oleh DAP dan PKR atau ditekan pemimpin tertentu dalam parti tersebut.
"Keadaan ini membuatkan rakyat tertanya-tanya adakah dakwaan sebelum ini benar atau tidak. Tindakan berdiam diri mereka dilihat mencemarkan parti mereka sendiri," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Zamil turut membangkitkan persoalan sama ada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan isterinya, Betty Chew akan membenarkan Phaik Kheng menghadiri Himpunan Shamsidar yang dijangka diadakan pada 12 Januari ini.
"Rakyat Pulau Pinang dan Melaka serta masyarakat Cina ingin juga tahu Phaik Kheng akan hadir atau tidak. Persoalannya adakah kedua-dua wanita ini akan hadir bersama para pemimpin pakatan lain sebab mereka adalah sebahagian daripada senario politik hari ini.
"Suka atau tidak, mereka harus tampil menjawab persoalan dikemukakan oleh rakyat," ujarnya.

Tiada ulasan: