28 April - Perhimpunan Bersih 3.0 yang
diadakan di ibu negara berakhir dengan keganasan dengan merempuh
sekatan polis, malahan turut menyerang serta memukul sehingga
menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera.
Bermula dengan pemecatan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali disusuli dengan peletakan jawatan Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, jelas menunjukkan pergelutan pakatan untuk mendapatkan kepercayaan rakyat.
Tidak cukup dengan kenyataan berhubung hak kebebasan beragama, wajah sebenar pakatan pembangkang yang terdesak jelas kelihatan apabila sanggup pula mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kegelisahan betapa kedudukan mereka dalam bahaya membuatkan pembangkang sanggup menggunakan apa jua kesempatan bagi membolehkan matlamat yang diimpikan tercapai, termasuk menimbulkan pelbagai persepsi negatif terhadap rencana transformasi yang dicetuskan kerajaan.
Apa yang pasti, kegagalan mentadbir negeri yang diperintah dan salah guna kuasa berterusan masih sinonim dengan imej pakatan pembangkang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan