AHLI Pertubuhan Penyatuan Pembelaan
Melayu Malaysia melihat patung Lim Guan Eng dibakar sebagai membantah
sikap biadab Ketua Menteri Pulau Pinang itu di pekarangan Stadium
Larkin, Johor Bahru, semalam.
*****
Presidennya, A. Rahman Mahadi berkata, bantahan secara aman itu merupakan simbolik luahan rasa marah, kesal, dukacita dan rasa tercabar orang Melayu terhadap kebiadapan Setiausaha Agung DAP berkenaan yang dilihat cuba menggugat kedaulatan agama Islam.
Kami ingin mengingatkan Guan Eng agar jangan celupar dan cakap ikut suka hati sahaja tanpa memikirkan kesannya kerana tindakannya itu boleh menggugat keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Isu kalimah Allah sudah dianggap selesai kerana muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam ke-82 pada Mei lalu telah memutuskan kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh agama Islam," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Guan Eng dalam ucapan sambutan Hari Krismas baru-baru ini yang menggesa kerajaan membenarkan kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.
Katanya, pihak berkuasa khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa mengambil tindakan sekeras-kerasnya ke atas Guan Eng bagi memastikan perkara sama tidak berulang pada masa hadapan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan