APABILA berkempen beberapa minggu sebelum pilihan raya umum Mac 2008, wah! bukan main lagi 'irama dan lagu' pakatan pembangkang di Selangor.
Barangkali mungkin tidak menyangka atau 'boleh percaya ke' berpeluang menduduki tampuk kuasa di negeri terkaya negara ini, pemimpinnya alpa seketika. Lantas, dicanangkan dalam manifestonya: "Jika kami diberi peluang memerintah, maka kami akan pertama, memastikan bulan muncul di siang hari dan kedua, memastikan bintang akan terus bersinar walaupun pada waktu siang! Tapi tengoklah apa sudah jadi.
Tembelang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim nampaknya tidak boleh disembunyikan lagi. Dah pecah apabila pada 29 Ogos tahun lepas, dia akhirnya terpaksa mengalah: "Manifesto (pakatan 2008) bukanlah satu janji yang perlu ditunaikan."
Eh! apa katamu Abdul Khalid? Cu...cuba ulang.
Bukanlah manifesto itu satu bentuk perjanjian yang wajib dipenuhi. Senarai yang anda gariskan dan janjikan ketika beria-ria mahu rakyat Selangor memilih parti anda itu kira-kira empat tahun lepas, sepatutnya dipenuhi. Bukannya diingkari.
Tapi apa yang anda sudah buat? Anda jadikan ia satu umpan politik semata-mata untuk mengaburi mata pengundi.
Bagi sesiapapun tema Janji Ditepati adalah suatu bersifat universal. Malah dalam sistem demokrasi, mana-mana parti politik sekalipun akan berjanji perkara tertentu demi kebaikan rakyat. Sebaliknya, parti yang tidak menunaikan janjinya adalah satu tindakan sangat tercela.
Cuma, kita amat marah kerana rakyat Selangor seolah-olah cuba diperkotak-katikkan oleh kerajaan PKR negeri itu. Ibu tunggal yang dijanjikan elaun bulanan sampai sekarang bertanya mana perginya janji yang ditaburi.
Gaji minimum RM1,100 yang diuar-uarkan sampai sekarang tak terlaksana bukan sahaja di Selangor, malah di Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan pun.
Tapi Abdul Khalid dan orang-orangnya 'bijak-bijak'. Ketika para pemimpin sekutu dalam pakatan sedang memikirkan cara bagaimana untuk mengurangkan impak kemarahan rakyat demi survival politik mereka, seperti biasa - taktik paling mudah yang sering diamalkan mereka adalah dengan meletakkan segala kesalahan kepada orang lain.
Rakyat Selangor tidak mahu parti yang 'tergagap-gagap' dalam membangunkan negeri itu. Tidak mampu buat apa yang dijanjikan di negeri itu, sudah pula berjanji yang 'mega-mega' dalam buku macam-macam warna...jinggalah, orenlah.
Dan rakyat Selangor menuntut Abdul Khalid menyangkal fakta-fakta yang dijanjikannya dalam manifesto pakatan 2008 di Selangor, seperti mana berikut:
1. Sosial dan Kebajikan Rakyat
- l Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor (belum laksana).
- l Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri (belum laksana).
- l Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bg pendidikan pra-sekolah (belum laksana).
- l Memberi hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti (belum laksana).
- l Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor (diteruskan).
- l Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga (belum laksana).
- l Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia (belum laksana)
- l Mencarum takaful bernilai RM2500 untuk warga emas, orang kurang upaya dan anak yatim (belum laksana).
- l Memberi elaun ibu tunggal yang layak (belum laksana).
- l Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga sepenuh masa anak-anak kecil mereka (belum laksana).
- l Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri ( belum laksana).
- l Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam (belum laksana).
- 2. Kesihatan Rakyat
- l Memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin ( belum laksana).
- l Memberi 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin (belum laksana).
- l Memberi sebulan cuti kepada wanita yang kematian suami (belum laksana).
- l Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 tahun ke atas (belum laksana).
- 3. Ekonomi Rakyat
- l Menyediakan premis perniagaan yang cukup ( belum laksana).
- l Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda (belum laksana).
- l Memberi galakan kepada belia dan wanita muda dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama (belum laksana).
- l Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10% ( belum laksana).
- l Memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan (dilaksana pada Jun tahun lepas).
- l Menjalankan program bagi membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi di atas garis kemiskinan (belum laksana).
- 4. Keselamatan Rakyat
- l Menguatkuasakan syarat-syarat perlindungan alam sekitar bagi mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir (belum laksana).
- l Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan (belum laksana).
- l Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan (belum laksana).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan